Rabu, 6 Oktober 2010

ibuku sayang

hari nie hati aku sayu sangat bila terpandang wajah ibuku didalam laptop..... aku benar-benar rindukan nyer. tapi apa kan daya dia lebih disayangi tuhan maka aku redha dengan kehendaknya.....
inilah ibu ku yang aku sayangi...sudah hampir setahun lebih dia meninggalkan kami.... tiada penganti sepertinya yang selama ini berkorban untuk memastikan keluarganya sentiasa bahagia walaupun terpaksa berkorban dari pelbagai hal. Dialah seorang ibu dan isteri yang tidak mungkin dapat dicari ganti... sudah pelbagai kenangan pahit dan manis kami harungi bersama...........................
Dia adalah seorang ibu dan isteri yang penyabar dalam menghadapi apa-apa situasi..... biarpun taufan melanda, dia tetap menghadapinya dengan tabah walaupun ianya kadang-kadang pahit untuk ditelan.......
walaupun begitu, aku tidak dapat menuruti langkahnya sebagai seorang yang penyabar dan bersikap terbuka... entah mengapa????? mungkin aku banyak mewarisi sikap ayahku yang serius, garang dan tegas.... tapi aku rasa satu sifat yang aku warisi dari ibuku adalah sikap beralah dan prihatin...............aku berharap agar kenangan ini dapat disemadikan didalam blog ini bagi ditunjukkan kepada anak,cucu dan cicitku nanti.... inilah JAMALIAH BINTI SAPPIN, seorang ibu yang penyayang, prihatin dan bertanngungjawab dalam memastikan suami dan anak-anak bahagia sentiasa......................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan